Friday, December 10, 2010

Jenis Pesaing dan Cara Mengatasi Pesaing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebut sahaja pesaing, ramai peniaga akan rasa rendah, takut dan jatuh (down). Seperti orang lain, saya juga akan menghadapi dengan pesaing. Cuba anda bayangkan, sesudah 5 Tahun anda berniaga di satu tempat, tanpa ada pesaing, tiba-tiba satu hari datang satu peniaga baru dan cuba mengambil separuh daripada pelanggan anda. Bagaimana? Tetapi, sebelum saya teruskan, ingin saya senaraikan jenis-jenis pesaing dalam perniagaan.

1. Pesaing Yang Tidak Sama Barang - Pesaing ini berniaga di tempat kita berniaga, tetapi barangannya tidak berkait dengan produk kita. Sebagai contoh, saya berniaga Ice Blended, pesaing pula berniaga keropok lekor. Bagaimana pesaing ini bersaing dengan kita? Contoh, seorang kanak-kanak hanya mempunyi RM 2, dia terpaksa membuat keputusan sama ada ingin membeli Ice Blended atau Keropok Lekor. Walau bagaimanapun, pesaing jenis ini masih mempunyai kelebihan, kerana kalau makan keropok lekor mestilah, jadi Ice Blended la penyelesaiannya.

2. Pesaing Yang Hampir Sama Barang - Sama juga, pesaing ini berniaga di tempat kita berniaga, tetapi barangnya hampir sama. Contoh, kita berniaga Ice Blended dan pesaing ini berniaga air Soya. Customer biasanya akan memilih salah satu minuman untuk minum.

3. Pesaing Yang Sama Barang - Pada kebiasaannya, kebanyakkan peniaga pasar malam memang tidak suka ada barang yang sama dijual di satu tapak yang sama. Lebih-lebih lagi, tapak pasar malam itu jenis kecil dan pelanggan yang hadir pula kurang. Pesaing jenis ini kita perlu kaji kelebihannya dan sentiasa peka dengan mereka.

Bagaimana menghadapi pesaing:-

1. Jika anda sudah lama bertapak
Untuk permulaan kita tidak perlu takut sangat, kerana biasanya pelanggan tidak akan perasan akan kewujudan mereka. Tapi selepas beberapa minggu, pelanggan akan mencuba perasa mereka, pada saat ini perniagaan anda mungkin sedikit merudum.
Selepas beberapa bulan, pelanggan-pelanggan tetap akan mula melekat pada perasa yang mereka gemarkan. Pada saat ini kita amat memerlukan rasa yang konsisten bagi produk kita. Pasti akan anda membuat sesuatu yang menarik pelanggan, seperti promosi, potongan harga, dan sebagainya.
Selain itu, jangan lupa cuba untuk merasa kesedapan produk pesaing anda. Cuba bandingkan dengan produk anda, jika setanding bagus. Jika tidak, lebih baik fikirkan cara untuk bersaing kesedapan ini.

2. Jika anda ingin memasuki tapak baru
Perkara paling penting adalah pastikan harga anda perlu lebih murah (harga promosi pengenalan). Kerana ini adalah untuk menarik pelanggan supaya dapat merasa kesedapan produk anda. Pastikan produk anda betul-betul sedap untuk menarik pelanggan. Selepas pelanggan sudah melekat, baru boleh jual pada harga biasa.

Jadi, inilah serba sedikit pengetahuan saya tentang jenis-jenis pesaing dan cara mengatasi pesaing dalam perniagaan. Harap anda dapat sedikit manfaat dari ilmu yang sedikit ini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

blog ping My Ping in TotalPing.com