Thursday, December 23, 2010

Musim Hujan, Musim Rahmat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bila musim hujan ramai yang mengeluh "sales drop", jualan jatuh. Tapi sedar atau tidak, sebenarnya bila hujan turun, itulah rahmat yang paling besar dalam perniagaan. Hujan itu adalah rezeki.

Sedangkan dalam islam juga ada mengatakan tentang perkara ini. Maaf, saya bukan orang yang kuat agama, tapi perkara ini memang saya pernah dengar.

Jadi, kita sebagai peniaga seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa jua ketentuan yang telah Allah susunkan untuk hambaNya. sesungguhnya Dia maha Mengetahui.

Bersyukurlah ketika hujan turun, kerana rezeki itu akan datang selepas tamatnya hujan. Bersyukurlah ketika jualan kita meningkat, kerana hujan yang turun, sudah berubah menjadi rezeki yang lebih jelas. Ini adalah pengalaman saya yang saya ingin kongsikan bersama semua pengunjung resepi ice blended.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

Sekian, terima kasih.


Nasrul
017-6910014 / 012-2624035
nasruled@yahoo.com

Wednesday, December 15, 2010

Bila perniagaan mula surut, kabur, jatuh dan longlai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Ramai peniaga yang mengeluh bila perniagaan masing-masing mula merudum. Tengah-tengah bulan... customer semua nak berjimat. Masa depan perniagaan kita pun mula la kabur dan blur tanpa ada arah tuju.

Saya ada terima e-mail tentang bagaimana kita ingin mengatasi situasi begini. Katanya, kita hanya buat dua perkara, iaitu STOP dan REWARD


STOP (BERHENTI)

Berhenti di sini bukan bermaksud kita berhenti dari berniaga. Tetapi berhenti daripada bekerja untuk perniagaan. Sebagai contoh, pergilah bercuti ke tempat atau negara lain.

Dengan cara ini, semasa dalam percutian itu, anda secara tidak sedar bahawa perniagaan anda masih bernyawa sepertimana nyawa alam ini. Besarnya alam ini, dan berapa banyaknya rezeki yang melimpah di muka bumi yang besar ini.

Teringat saya kepada Pak Long saya, beliau merupakan seorang perniaga barang kraftangan di Melaka. Semasa saya di alam persekolahan dulu, saya masih teringat ketika perniagaannya agak merudum. Lebih-lebih lagi Lot kedai beliau terpaksa  berpindah ke tempat yang agak tersorok (Ketika itu Dataran Pahlawan di Melaka baru siap dibina).

Dan pada ketika itu, beliau sekeluarga datang ke Kuala Lumpur (KL) secara diam-diam, dan penginap di Hotel (Biasanya Pak Long akan tidur di rumah sedara mara di KL, termasuk rumah saya). Tapi sebaliknya tidur di Hotel, kami sedara mara yang pergi melawat beliau di Hotel tersebut baru lah beliau ceritakan kisah itu.

Jadi, ternyata dengan cara bercuti atau berjalan jauh, kata akan merasa lebih terbuka dan lebih tenang menempuh dugaan berniaga.

REWARD (GANJARAN)

Dalam perniagaan adalah wajib bagi seorang peniaga untuk membuat kiraan akaun yang jelas tentang belanja dan jualannya. Termasuk memberi gaji yang tetap kepada pekerja dan diri sendiri.

Tetapi bila perniagaan mula merudum, hasil jualan sudah surut dari hari ke hari. Tibalah masa untuk memberi ganjaran pada diri.

Sebagai contoh: Jika anda pernah mengidam untuk membeli Camera, belilah satu sebagai hadiah daripada Perniagaan anda untuk anda yang telah bertungkus lumus menjalankan perniagan tersebut.

Maka, anda akan rasa lebih dihargai oleh Perniagaan anda sendiri.

*Diingatkan di sini, jangan la beli ganjaran sampai terlampau mahal, jatuh terus perniagaan anda pula nanti... hehehe...

Jadi, itu lah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan kepada anda tentang bagaimana kita ingin mengatasi jiwa kita yang jatuh ketika perniagaan kita kesurutan jualan.

Sekian terima kasih.

Nasrul
017-6910014
nasruled@yahoo.com

*Sumber dipetik dan disunting semula daripada
http://www.tofurious.com/2010/12/does-your-business-look-like-this/

Friday, December 10, 2010

Jenis Pesaing dan Cara Mengatasi Pesaing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebut sahaja pesaing, ramai peniaga akan rasa rendah, takut dan jatuh (down). Seperti orang lain, saya juga akan menghadapi dengan pesaing. Cuba anda bayangkan, sesudah 5 Tahun anda berniaga di satu tempat, tanpa ada pesaing, tiba-tiba satu hari datang satu peniaga baru dan cuba mengambil separuh daripada pelanggan anda. Bagaimana? Tetapi, sebelum saya teruskan, ingin saya senaraikan jenis-jenis pesaing dalam perniagaan.

1. Pesaing Yang Tidak Sama Barang - Pesaing ini berniaga di tempat kita berniaga, tetapi barangannya tidak berkait dengan produk kita. Sebagai contoh, saya berniaga Ice Blended, pesaing pula berniaga keropok lekor. Bagaimana pesaing ini bersaing dengan kita? Contoh, seorang kanak-kanak hanya mempunyi RM 2, dia terpaksa membuat keputusan sama ada ingin membeli Ice Blended atau Keropok Lekor. Walau bagaimanapun, pesaing jenis ini masih mempunyai kelebihan, kerana kalau makan keropok lekor mestilah, jadi Ice Blended la penyelesaiannya.

2. Pesaing Yang Hampir Sama Barang - Sama juga, pesaing ini berniaga di tempat kita berniaga, tetapi barangnya hampir sama. Contoh, kita berniaga Ice Blended dan pesaing ini berniaga air Soya. Customer biasanya akan memilih salah satu minuman untuk minum.

3. Pesaing Yang Sama Barang - Pada kebiasaannya, kebanyakkan peniaga pasar malam memang tidak suka ada barang yang sama dijual di satu tapak yang sama. Lebih-lebih lagi, tapak pasar malam itu jenis kecil dan pelanggan yang hadir pula kurang. Pesaing jenis ini kita perlu kaji kelebihannya dan sentiasa peka dengan mereka.

Bagaimana menghadapi pesaing:-

1. Jika anda sudah lama bertapak
Untuk permulaan kita tidak perlu takut sangat, kerana biasanya pelanggan tidak akan perasan akan kewujudan mereka. Tapi selepas beberapa minggu, pelanggan akan mencuba perasa mereka, pada saat ini perniagaan anda mungkin sedikit merudum.
Selepas beberapa bulan, pelanggan-pelanggan tetap akan mula melekat pada perasa yang mereka gemarkan. Pada saat ini kita amat memerlukan rasa yang konsisten bagi produk kita. Pasti akan anda membuat sesuatu yang menarik pelanggan, seperti promosi, potongan harga, dan sebagainya.
Selain itu, jangan lupa cuba untuk merasa kesedapan produk pesaing anda. Cuba bandingkan dengan produk anda, jika setanding bagus. Jika tidak, lebih baik fikirkan cara untuk bersaing kesedapan ini.

2. Jika anda ingin memasuki tapak baru
Perkara paling penting adalah pastikan harga anda perlu lebih murah (harga promosi pengenalan). Kerana ini adalah untuk menarik pelanggan supaya dapat merasa kesedapan produk anda. Pastikan produk anda betul-betul sedap untuk menarik pelanggan. Selepas pelanggan sudah melekat, baru boleh jual pada harga biasa.

Jadi, inilah serba sedikit pengetahuan saya tentang jenis-jenis pesaing dan cara mengatasi pesaing dalam perniagaan. Harap anda dapat sedikit manfaat dari ilmu yang sedikit ini.

Sekian, terima kasih.

Thursday, December 2, 2010

Bengkel "How to Market your Place"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disepanjang penglibatan saya dalam perniagaan pasar malam (Meniaga Ice Blended). Ini pertama kali MBPJ menganjurkan satu bengkel percuma bagi peniaga-peniaga pasar malam di sekitar petaling jaya.

Antara modul-modul yang dibentangkan adalah tentang bagaimana menjalankan perniagaan dan idea-idea untuk meningkatkan lagi pasaran barangan atau jenama yang dibawa oleh seseorang peniaga.

Alhamdulillah Resepi Ice Blended telah menghantar dua orang wakil ke bengkel tersebut, dan kami akan gunakan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa bengkel tersebut.

P/S: Resepi Ice Blended dalam proses mengumpul gambar / video untuk di muat naik (upload) kedalam blog ini. Diharap pengunjung dapat terus melayari blog ini.

Sekian, terima kasih.
blog ping My Ping in TotalPing.com