Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana sudi melayari blog Resepi Ice Blended. Di sini ingin saya maklumkan kepada pengusaha-pengusaha catering (katering) yang ingin bekerjasama dengan Resepi Ice Blended amatlah di alu-alukan.
Anda dapat mempelbagaikan pilihan menu anda untuk majlis-majlis kenduri kahwin, hari jadi, majlis korprat dan sebagainya.
Harga satu cup boleh dirunding. Apa yang anda perlu lakukan adalah hubungi saya ditalian 017-6910014 atau e-mail nasruled@yahoo.com
Sekian, terima kasih.
Peniaga, Pembekal dan Pusat Sumber kepada peminat minuman kegemaran terbaru rakyat Malaysia. Iaitu "Ice Blended"
Friday, January 7, 2011
Thursday, December 23, 2010
Musim Hujan, Musim Rahmat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bila musim hujan ramai yang mengeluh "sales drop", jualan jatuh. Tapi sedar atau tidak, sebenarnya bila hujan turun, itulah rahmat yang paling besar dalam perniagaan. Hujan itu adalah rezeki.
Sedangkan dalam islam juga ada mengatakan tentang perkara ini. Maaf, saya bukan orang yang kuat agama, tapi perkara ini memang saya pernah dengar.
Jadi, kita sebagai peniaga seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa jua ketentuan yang telah Allah susunkan untuk hambaNya. sesungguhnya Dia maha Mengetahui.
Bersyukurlah ketika hujan turun, kerana rezeki itu akan datang selepas tamatnya hujan. Bersyukurlah ketika jualan kita meningkat, kerana hujan yang turun, sudah berubah menjadi rezeki yang lebih jelas. Ini adalah pengalaman saya yang saya ingin kongsikan bersama semua pengunjung resepi ice blended.
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.
Sekian, terima kasih.
Nasrul
017-6910014 / 012-2624035
nasruled@yahoo.com

Wednesday, December 15, 2010
Bila perniagaan mula surut, kabur, jatuh dan longlai
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ramai peniaga yang mengeluh bila perniagaan masing-masing mula merudum. Tengah-tengah bulan... customer semua nak berjimat. Masa depan perniagaan kita pun mula la kabur dan blur tanpa ada arah tuju.
Saya ada terima e-mail tentang bagaimana kita ingin mengatasi situasi begini. Katanya, kita hanya buat dua perkara, iaitu STOP dan REWARD
STOP (BERHENTI)
Berhenti di sini bukan bermaksud kita berhenti dari berniaga. Tetapi berhenti daripada bekerja untuk perniagaan. Sebagai contoh, pergilah bercuti ke tempat atau negara lain.
Dengan cara ini, semasa dalam percutian itu, anda secara tidak sedar bahawa perniagaan anda masih bernyawa sepertimana nyawa alam ini. Besarnya alam ini, dan berapa banyaknya rezeki yang melimpah di muka bumi yang besar ini.
Teringat saya kepada Pak Long saya, beliau merupakan seorang perniaga barang kraftangan di Melaka. Semasa saya di alam persekolahan dulu, saya masih teringat ketika perniagaannya agak merudum. Lebih-lebih lagi Lot kedai beliau terpaksa berpindah ke tempat yang agak tersorok (Ketika itu Dataran Pahlawan di Melaka baru siap dibina).
Dan pada ketika itu, beliau sekeluarga datang ke Kuala Lumpur (KL) secara diam-diam, dan penginap di Hotel (Biasanya Pak Long akan tidur di rumah sedara mara di KL, termasuk rumah saya). Tapi sebaliknya tidur di Hotel, kami sedara mara yang pergi melawat beliau di Hotel tersebut baru lah beliau ceritakan kisah itu.
Jadi, ternyata dengan cara bercuti atau berjalan jauh, kata akan merasa lebih terbuka dan lebih tenang menempuh dugaan berniaga.
REWARD (GANJARAN)
Dalam perniagaan adalah wajib bagi seorang peniaga untuk membuat kiraan akaun yang jelas tentang belanja dan jualannya. Termasuk memberi gaji yang tetap kepada pekerja dan diri sendiri.
Tetapi bila perniagaan mula merudum, hasil jualan sudah surut dari hari ke hari. Tibalah masa untuk memberi ganjaran pada diri.
Sebagai contoh: Jika anda pernah mengidam untuk membeli Camera, belilah satu sebagai hadiah daripada Perniagaan anda untuk anda yang telah bertungkus lumus menjalankan perniagan tersebut.
Maka, anda akan rasa lebih dihargai oleh Perniagaan anda sendiri.
*Diingatkan di sini, jangan la beli ganjaran sampai terlampau mahal, jatuh terus perniagaan anda pula nanti... hehehe...
Jadi, itu lah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan kepada anda tentang bagaimana kita ingin mengatasi jiwa kita yang jatuh ketika perniagaan kita kesurutan jualan.
Sekian terima kasih.
Nasrul
017-6910014
nasruled@yahoo.com
*Sumber dipetik dan disunting semula daripada
http://www.tofurious.com/2010/12/does-your-business-look-like-this/

Subscribe to:
Posts (Atom)