Wednesday, November 24, 2010

Resepi Ice Blended? Kenapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Resepi Ice Blended? Kenapa? Saya memohon maaf jika nama laman blog ini agak mengelirukan pengunjung-pengunjung. Asasnya, nama ini terlintas dari perkataan RESEPI itu sendiri.

Resepi jika kita rungkai secara mendalam, ia bermaksud campuran ramuan-ramuan. Seperti memasak, resepinya mesti ada garam, cili, bawang dan lain-lain. Jika dirungkai melalui kehidupan seharian, hidup kita pastinya akan di isi dengan resepi-resepi seperti dugaan, suka duka, tekanan, keseronokan dan sebagainya.

Maka, maksud "Resepi Ice Blended" ini adalah dalam perniagaan Ice Blended, perbagai dugaan dan suka duka yang akan ditempuh. Saya telah berkecimpung dalam perniagaan ini hampir 5 tahun, dan pelbagai yang telah dilalui. Justeru, saya namakan pengalaman saya ini sebagai "Resepi Ice Blended".

Dan tujuan saya melahirkan laman web ini adalah saya ingin memasarkan perniagaan saya dengan lebih luas sambil berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat Ice Blended. Selain itu, mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan ini juga turut boleh memperoleh maklumat dari saya dan memberi teguran kepada saya jika terdapat kekurangan.

Akhir sekali, saya bukanlah pembuat asal resepi ice blended ini. Jadi, saya sendiri tidak tahu akan resepi yang terselindung di sebalik keenakan Ice Blended ini. Saya cuma sebagai penjual atau "Reseller". Mohon maaf sekali lagi jika pengunjung-pengunjung terkeliru dengan nama blog ini.

Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian, terima kasih.

Nasrul
017-6910014
nasruled@yahoo.com

5 comments:

  1. ASSALAMUALaikum en nasrul

    sy tertarik ke blog tuan coz skrg ni sy & suami tgh plan nk buat bisnes iceblended nie..tp km xtau lg dmn lokasi/tapak bisnes..n perlu ke amik lesen perniagaan sblm memulakan biz ni?km bercdg menjual pd weekend n weekday pd waktu mlm coz suami bekerja,,manakala sy suri rmh..
    lagi 1, km plan tuk jd rakan niaga dr sebuah compny ni..so modal around 3k, generator kna beli sndrla..katanya itu lbh baik..
    1 more, generator ape yg bgs n tahan?sekian..hope EN Nasrul dpt bg pendpt..tqvm

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam puan,

    merujuk kepada soalan puan, saya dapati ada beberapa soalan yg diajukan. dibawah adalah pendapat saya:-

    1. lesen perniagaan: sejak saya berniaga saya tak penah mendaftar syarikat, tapi kalau masuk pasar malam, biasanya lesen tu dikeluarkan oleh perbandaran (MBPJ/DBKL dll)
    2. generator: kalau tapak kita meniaga takda sediakan electrik, memang kene guna generator. generator yang bagus adalah brand yamaha. harga lebih kurang rm500-rm650.

    Harap jawapan saya memuaskan hati puan. terdapat juga perkara-perkara yang perlu kita ambil perhatian seperti blender yang digunakan, jenis ais, cup, meja, banner & bunting, dan lain2 lagi.

    lokasi puan di mane?

    ReplyDelete
  3. oo..trm ksh..sy duk d seri kembangan.
    sbnrnye..ni 1st time ktorg nk bniaga secara menjaja..
    so skrg masih jual ice blended ke?income cmne?

    ReplyDelete
  4. boleh hubungi saya di talian 017-6910014 utk membuat tempahan.

    ReplyDelete

blog ping My Ping in TotalPing.com