Thursday, November 25, 2010

Tapak Pasar Malam Resepi Ice Blended

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang telah saya katakan pada post-post sebelum ini, saya adalah seorang peniaga Ice Blended di pasar malam. Maka, bagi pelanggan-pelanggan yang inginkan merasa penangan keenakan Ice Blended kami. Bolehlah datang ke pasar-pasar malam dibawah:-

1. Tapak Pasar Malam Kg Sg Kayu Ara
- Hari: Isnin Malam, Jumaat Malam, Ahad Pagi
- Waktu: Malam: 6.00pm-10.00pm
               Pagi: 7.00am-11.00am

2. Tapak Pasar Malam Jalan 5, Kg Sg Kayu Ara
- Hari: Khamis Malam
- Waktu: Malam: 6.00pm-10.00pm


- Lokasi (Kedua-dua tapak pasar malam ini berada dikawasan yang sama, jadi saya akan letak 1 map sahaja bagi mempercepatkan loading)


View Larger Map

Tidak jumpa? Sila hubungi saya ditalian 017-6910014 atau e-mail nasruled@yahoo.com

Perasa kami juga terdapat diseluruh Malaysia. Kami akan memasukkan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 24, 2010

Resepi Ice Blended? Kenapa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Resepi Ice Blended? Kenapa? Saya memohon maaf jika nama laman blog ini agak mengelirukan pengunjung-pengunjung. Asasnya, nama ini terlintas dari perkataan RESEPI itu sendiri.

Resepi jika kita rungkai secara mendalam, ia bermaksud campuran ramuan-ramuan. Seperti memasak, resepinya mesti ada garam, cili, bawang dan lain-lain. Jika dirungkai melalui kehidupan seharian, hidup kita pastinya akan di isi dengan resepi-resepi seperti dugaan, suka duka, tekanan, keseronokan dan sebagainya.

Maka, maksud "Resepi Ice Blended" ini adalah dalam perniagaan Ice Blended, perbagai dugaan dan suka duka yang akan ditempuh. Saya telah berkecimpung dalam perniagaan ini hampir 5 tahun, dan pelbagai yang telah dilalui. Justeru, saya namakan pengalaman saya ini sebagai "Resepi Ice Blended".

Dan tujuan saya melahirkan laman web ini adalah saya ingin memasarkan perniagaan saya dengan lebih luas sambil berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat Ice Blended. Selain itu, mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan ini juga turut boleh memperoleh maklumat dari saya dan memberi teguran kepada saya jika terdapat kekurangan.

Akhir sekali, saya bukanlah pembuat asal resepi ice blended ini. Jadi, saya sendiri tidak tahu akan resepi yang terselindung di sebalik keenakan Ice Blended ini. Saya cuma sebagai penjual atau "Reseller". Mohon maaf sekali lagi jika pengunjung-pengunjung terkeliru dengan nama blog ini.

Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian, terima kasih.

Nasrul
017-6910014
nasruled@yahoo.com

Tuesday, November 23, 2010

Ice Blended di Pasar Malam (Part 1)

Salam Sejahtera,

Ice Blended di Pasar Malam? pada awal-awal pengenalan Ice Blended di kalangan rakyat Malaysia dahulu, Memang susah hendak kita jumpa Ice Blended di Pasar Malam. Peniaga-peniaga Ice Blended pula amat jarang kita jumpa.

Tetapi sekarang, pergi sahaja mana-mana pasar malam, pasti ada jual Ice Blended. Sekurang-kurangnya pasti akan ada 1 orang yang berniaga. Pernah juga saya jumpa di satu kawasan pasar malam, terdapat sehingga 5 orang berniaga pasar malam. Fenomena ini juga berlaku di Kampung-kampung seperti di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, mungkin ramai yang sedar bahawa berniaga dapat mendatangkan pulangan. Seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W., 9/10 daripada pendapatan adalah hasil daripada perniagaan.

Saya rasa, sehingga sini sahaja untuk "Ice Blended di Pasar Malam" Part 1. Nantikan post akan datang. Berserta gambar.

Terima kasih kerana membaca.

Sekian,

Nasrul
017-6910014

Monday, November 22, 2010

Resepi Ice Blended

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web Resepi Ice Blended. Laman web rasmi Nas Group Ice Blended.

Dalam laman web ini, kami akan berkongsi pendapat tentang minuman kegemaran (terbaru) rakyat Malaysia. Secara umum, laman web ini di buat khas untuk memasarkan produk ice blended kami.

Selain dari memberi perkhidmatan menjual/menjaja ice blended di pasar malam. Kami juga membekalkan ice blended untuk majlis-majlis khas seperti di kenduri kahwin, birthday party, majlis korporat dan lain-lain majlis.

Hari ini, adalah hari pertama laman web ini dilancarkan. Justeru, nantikan post-post terbaru pada masa akan datang.

Terima kasih kerana melawat.

Sekian,


Nasrul Hadi
017-6910014
nasruled@yahoo.com
blog ping My Ping in TotalPing.com